JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat tidak bimbang jika pengundi di kawasan itu membanding-bandingkan beliau dengan 'gurunya' Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Bagi Suhaizan, ia bukan satu isu yang berat sebaliknya percaya setiap pemimpin mempunyai kelebihan dan kualiti tersendiri.
"Saya tidak boleh menghalang orang untuk membandingkan saya dengan tokoh seperti Salahuddin... saya dan guru saya mempunyai kelebihan masing-masing dan rakyat berhak membuat penilaian sendiri.
"Bagaimanapun tanggungjawab dan misi saya adalah untuk memastikan legasi Rahmah yang dicetuskan Salahuddin akan diteruskan dan ditambah baik untuk membantu rakyat khususnya dalam golongan B40," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bagi Suhaizan, walaupun kedengaran tanggungjawab itu agak berat, namun ia bukan satu tugasan asing kepadanya kerana sebelum ini Salahuddin kerap mengamanahkannya sebagai Setiausaha Politik beliau untuk menjaga kawasan Pulai.
Beliau berkata boleh dikatakan ketika itu hampir 70 peratus tugasannya adalah melibatkan penugasan di Pulai berbanding di Putrajaya dan sejak dari awal lagi beliau telah dilibatkan dengan inisiatif Rahmah khususnya bagi rakyat di Pulai.
"Ini legasi yang ditinggalkan oleh Salahuddin dan amanah bagi saya untuk meneruskan perjuangan ini untuk rakyat di Pulai apabila diberi mandat menjadi wakil rakyat di sini," katanya yang pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Johor.
Beliau juga memberi jaminan akan berkhidmat secara berhikmah dan tidak meminggirkan mana-mana lapisan masyarakat.
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Salahuddin pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Bagi Suhaizan, ia bukan satu isu yang berat sebaliknya percaya setiap pemimpin mempunyai kelebihan dan kualiti tersendiri. - Gambar fail
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK: Peratusan mengundi di Pulai, Simpang Jeram masing-masing 42 dan 56 peratus setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, masing-masing 42 dan 56 peratus setakat 3 petang.
PM Anwar ucap selamat mengundi kepada warga Pulai dan Simpang Jeram
Perdana Menteri turut mengingatkan pengundi di Pulai dan Simpang Jeram untuk mengekalkan gelombang perpaduan di Pulai dan Simpang Jeram.
Mayat mangsa tertimbus runtuhan kuari berjaya dikeluarkan
Mayat lelaki pekerja warga asing yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Keramat Pulai berjaya dikeluarkan jam 2.36 petang.
PRK: Keserasian PH-BN lebih terserlah di Pulai, Simpang Jeram
Keserasian jentera Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
PRK: Teori jika PN menang di Pulai, akan tukar Kerajaan Pusat tidak munasabah - Suhaizan
Suhaizan Kaiat menyelar dakwaan itu selain menyifatkan dakyah yang dibawa pihak lawan itu, hanya cuba untuk mengelirukan rakyat.
PRK: Polis Johor lulus tujuh permit ceramah, kempen
Polis Johor telah meluluskan tujuh permit kempen serta ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
3,500 polis bertugas penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram
Seramai 3,500 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar.
PRK: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru, Muar lokasi PPC
Proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan Muar pada Sabtu.
UMNO-BN perlu diberi peluang tanding PRK Pulai, Simpang Jeram
BN dan UMNO perlu diberikan peluang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September depan.